Harga : RM20 | Terbitan DBP
Buku ini memberkalkan secara terperinci mengenai susu ibu dan kebaikannya, langkah-langkah untuk membolehkan ibu mengamalkannya. Pnaduan penyusuan untuk ibu yang berkerja serta isu-isu khas merangkumi penyusuan anak angkat, penyusuan semasa berpuasa dan kepercayaan tertentu berkaitan penyusuan. Maklumat yg dibekalkan akan mampu membuka minda pembaca, seterusnya membantu semua ibu agar mampu memberikan yang terbaik kepada bayi mereka melalui penyusuan susu ibu
Penulis 1 : Dr Zaharah Sulaiman, Bertugas di HUSM, Kubang Kerian
Pakar Laktasi di HUSM. Sedang menuntut di Melbourne, Australia dlm PhD. Kajian beliau mengenai penyusuan susu ibu bagi ibu berkerjaya
Penulis 2 : Dr Tengku Alina Tengku Ismail, Bertugas di HUSM Kebang Kerian, Pakar Laktasi di HUSM. Sedang menuntut dlm PhD dlm bidang pemakanan bayi khusus kepada amalan dan kepercayan mengenai penyusuan susu ibu
Susu Ibu Titisan Mutia Bonda
RM18.00 | Terbitan DBP
Melalui buku ini pembaca akan mendapat maklumat menyeluruh tentang kebaikan penyusuan susu ibu, teknik penyusui bayi, cara untuk mengatasi masalah semasa penyusuan, berkongsi pengalaman dengan ibu yg berjaya menyusui bayi mereka. Bahasa yang mudah difahami dan sesuai dirujuk oleh pasangan suami isteri, ahli keluarga, rakan taulan dan sesiapa shj yg ingin menjayakan penyusuan susu ibu.
Penulis 1 : Nazirah Johar
Pengalaman Jururawat 13 tahun di Pusat Perubatan Kota Bharu dan HUSM, Kubang Kerian. di HUSM beliau bertanggungjawab mengendalikan sesi pengajaran dan kursus penyusuan susu ibu utk pasangan suami isteri, ibu serta kakitangan HUSM Kebang Kerian. Kini bertugas sebagai Kaunselor Peenyusuan Susu Ibu dan dimasa yang sama melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda (Kejururawatan) di USM Kubang Kerian